🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula
Welcome to our BayuHerb store!
🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula
017-5632633

Bezanya Risau, Takut dan Anxiety?

Risau Takut Anxiety Apa Bezanya 2

Pernahkah kita rasa gelisah sebelum melangkah masuk ke bilik peperiksaan?

Atau pernahkah kita rasa takut apabila terdengar bunyi pintu diketuk kuat pada waktu malam?

Atau pernahkan kita rasa cemas yang datang tiba-tiba tanpa sebab yang jelas sehingga badan berpeluh dan dada berdebar?

Tiga perasaan ini iaitu risau, takut dan anxiety kelihatan serupa pada pandangan pertama tetapi hakikatnya berbeza.

Risau biasanya mempunyai sebab yang jelas. Kita risau tidak sempat menyiapkan tugasan, risau anak belum pulang, risau keputusan peperiksaan. Perasaan ini berkait dengan perkara yang kita fikir mungkin berlaku dan kebiasaannya hilang apabila punca itu selesai.

Takut pula adalah tindak balas terhadap ancaman yang nyata. Nampak ular di hadapan mata, kita takut. Dengar bunyi enjin motosikal kuat di lorong rumah pada waktu malam, kita takut. Ia adalah reaksi semula jadi untuk melindungi diri daripada bahaya.

Anxiety berbeza sifatnya. Kadangkala ia hadir tanpa punca yang dapat dikenal pasti. Badan mula berpeluh, jantung berdegup kencang, nafas menjadi pendek, fikiran bercelaru walaupun tiada ancaman di depan mata. Ia seperti penggera yang berbunyi walaupun tiada kebakaran.

Anxiety boleh datang ketika kita duduk di kerusi pejabat, memandu, malah ketika sedang solat. Ia seperti bayang-bayang yang sentiasa mengikuti kita, membuatkan diri berasa tidak pernah benar-benar selamat.

Perbezaan risau, takut dan anxiety terletak pada jangka masa, tahap keterukan dan kawalan. Risau dan takut biasanya reda dengan cepat apabila puncanya hilang. Anxiety pula boleh bertahan lama, berulang kali datang, dan sukar dikawal.

Memahami perbezaan ini amat penting. Apabila kita sedar apa yang dirasai bukan sekadar risau biasa, kita akan lebih bersedia untuk mencari jalan menguruskannya. Itu bukan tanda kelemahan, tetapi tanda bahawa kita cukup prihatin dalam menjaga kesihatan hati dan fikiran sendiri.

Moga Allah mengurniakan kefahaman kepada kita agar dapat membezakan antara risau, takut dan anxiety lalu mengambil langkah yang tepat untuk merawatnya.

DAHAR

Rujukan:

✓ American Psychiatric Association 2023. What Are Anxiety Disorders? Diakses dari https://www.psychiatry.org/patients-families/anxiety-disorders/what-are-anxiety-disorders

✓ Kementerian Kesihatan Malaysia 2022. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kesihatan Mental.

Leave A Comment

Cart

Create your account