🌿 BayuHerb™ – Solusi Kesihatan Semula Jadi Untuk Hidup Lebih Sihat
Welcome to our BayuHerb store!
🌿 BayuHerb™ – Solusi Kesihatan Semula Jadi Untuk Hidup Lebih Sihat🌿 BayuHerb™ – Solusi Kesihatan Semula Jadi Untuk Hidup Lebih Sihat🌿 BayuHerb™ – Solusi Kesihatan Semula Jadi Untuk Hidup Lebih Sihat
017-5632633

10 Isyarat Badan Sedang Teriak Minta Tolong

Dalam tulisan sebelum ini kita sudah lihat bagaimana stress dan anxiety berbeza. Stress biasanya mempunyai punca yang jelas, manakala anxiety boleh hadir walaupun masalah sudah selesai. Bezanya terletak pada fikiran dan emosi. Hari ini kita masuk lebih dalam untuk mengetahui isyarat badan kerana ia juga pandai “bersuara” dengan caranya yang tersendiri.

Ramai yang tidak sedar bahawa badan sebenarnya selalu memberi isyarat ketika jiwa sedang tertekan. Masalahnya, kita sering menyangka ia hanya gejala kesihatan biasa. Hakikatnya, tubuh sedang menjerit meminta tolong.

Antara isyarat paling kerap berlaku ialah jantung berdegup laju tanpa sebab jelas. Kita duduk diam, tidak berlari, tetapi dada berdebar seperti sedang kejar waktu. Ada juga yang mengalami nafas pendek, seolah-olah udara tidak cukup walaupun berada di ruang terbuka.

Tubuh juga kerap memberi tanda melalui sakit perut atau cirit-birit yang datang tiba-tiba. Sistem pencernaan sangat sensitif terhadap tekanan emosi. Begitu juga dengan otot yang tegang, terutama di bahu dan leher, sehingga terasa berat untuk bergerak.

Selain itu, peluh berlebihan, tangan menggeletar, atau tidur yang terganggu juga merupakan petanda anxiety. Malam terasa panjang, mata berat tetapi fikiran tidak mahu berhenti berputar.

Ada pula yang mengalami sakit kepala berulang, letih sepanjang hari, atau hilang selera makan. Semua ini bukan semata-mata kerana badan lemah, sebaliknya tanda bahawa minda dan emosi sedang terbeban.

Sepuluh tanda ini mungkin hadir satu persatu, mungkin juga beberapa dalam satu masa. Apa pun bentuknya, semua adalah cara tubuh memberi amaran bahawa ada sesuatu yang perlu dirawat dari dalam, bukan sekadar dengan ubat atau rehat fizikal.

Mengenali isyarat badan adalah langkah penting. Apabila kita mula mendengar “teriakan senyap” tubuh, kita akan lebih cepat mencari jalan untuk menenangkan fikiran dan jiwa.

Moga Allah memberi kita mata hati untuk peka dengan tanda-tanda ini, serta kekuatan untuk bertindak sebelum semuanya menjadi lebih berat.

 

𝐃𝐀𝐇𝐀𝐑

Rujukan:

Leave A Comment

Cart

Create your account