🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula
Welcome to our BayuHerb store!
🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula🌿BayuHerb Malaysia | Herba Untuk Stress, Gastrik & Gula
017-5632633

Media Sosial dan Tekanan Jadi ‘Hidup Mesti Sempurna

Media Sosial dan Tekanan Jadi ‘Hidup Mesti Sempurna

Kita hidup pada zaman di mana telefon pintar ibarat cermin kedua. Hampir setiap detik hidup kita dipaparkan di media sosial , apa yang dimakan, ke mana pergi, siapa yang bersama kita.

Namun, di sebalik gambar bercahaya dan senyuman indah, ada satu tekanan yang jarang disebut: tekanan untuk kelihatan sempurna.

Media sosial bukan lagi tempat sekadar berkongsi, tetapi sudah menjadi pentas perbandingan. Bila melihat rakan sebaya melancong ke luar negara, hati mula berbisik, “kenapa aku masih di sini?” Bila nampak orang lain berjaya beli kereta baru, kita rasa ketinggalan. Bila membaca kisah rumah tangga bahagia, kita mula meragui hidup sendiri.

Perbandingan ini perlahan-lahan membina keresahan. Kita mula merasa hidup kita tidak cukup, pencapaian kita tidak memadai, diri kita tidak seindah orang lain. Padahal apa yang dipaparkan hanyalah sebahagian kecil daripada realiti mereka — gambar yang dipilih, sudut yang terbaik, momen yang sudah ditapis.

Kajian menunjukkan penggunaan media sosial yang berlebihan berkait rapat dengan peningkatan anxiety dan depresi, terutamanya dalam kalangan anak muda. Perasaan “fear of missing out” atau FOMO menjadikan hati tidak pernah puas. Kita sentiasa mahu lebih, tetapi dalam masa yang sama semakin letih mengejar.

Media sosial itu sendiri tidak salah. Ia boleh jadi ruang kebaikan, ilmu dan silaturrahim. Namun apabila ia dijadikan kayu ukur nilai diri, di situlah anxiety mula membiak.

Kita perlu ingat, hidup bukan pertandingan gambar siapa paling cantik, paling kaya, atau paling bahagia. Hidup adalah perjalanan masing-masing, dengan ujian yang berbeza, rezeki yang berbeza, dan waktu yang berbeza.

Moga Allah melapangkan hati kita daripada rasa tidak cukup, dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang ada, tanpa perlu meniru kesempurnaan palsu di skrin kecil itu.

𝐃𝐀𝐇𝐀𝐑

Rujukan:

  • Primack, B. A., et al. (2017). Social media use and perceived social isolation among young adults in the U.S. American Journal of Preventive Medicine, 53(1), 1–8.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia. (2022). Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi: Kesihatan Mental.

 

Leave A Comment

Cart

Create your account