Polisi Penghantaran BayuHerb
BayuHerb berusaha memastikan semua pesanan sampai kepada pelanggan dengan cepat dan selamat. Kami menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Penghantaran antarabangsa adalah terhad dan akan dinyatakan semasa pembelian.
Tempoh Penghantaran
- Semenanjung Malaysia: 2–5 hari bekerja
- Sabah & Sarawak: 5–7 hari bekerja
Semua pesanan diproses dalam masa 24 jam bekerja selepas pembayaran disahkan.
Caj Penghantaran
- Caj penghantaran akan ditunjukkan semasa proses checkout.
- Promosi penghantaran percuma akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Proses Penghantaran
- Pesanan diproses dan disahkan melalui emel/SMS.
- Nombor tracking akan diberikan untuk memantau pesanan.
- BayuHerb tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan penghantaran akibat kurier pihak ketiga.
Nota Penting
- Pastikan alamat penghantaran lengkap dan betul.
- Sekiranya pesanan ditolak atau tidak dapat dihantar kerana maklumat pelanggan yang tidak tepat, kos tambahan mungkin dikenakan.
